ada beberapa perkara yang mmg mengganggu pemikiran aku..
perkara yang selama ni aku tak pernah terfikir akan terjadi..
sebab aku tak paham kenapa seorang manusia yg berpendidikan tinggi keluaran oversea lagi tapi tergamak untuk menjatuhkan orang lain..
yang lebih menyedihkan manusia ini sanggup menjatuhkan bangsanya sendiri, malah seagamanya lagi..
jika nak diukur kedudukannya mmg ditempat yang baik dan selamat, tiada siapa yang boleh mengganggu gugat hidupnya..
mmg tak masuk akal kerana Ia melibatkan politik tempat kerja..
namun aku percaya dimana mana pun manusia seperti ini memang wujud...
sukar melihat orang lain hebat darinya..
yang pandai mengampu, ataslah tempat kau,
yang pandai mengipas, tinggilah darjat kau,
yang berkeras menegakkan perkara yang betul, tetapi tidak sehaluan dgn pemikirannya maka duduklah kau ditahap itu,
tanpa promotion, tanpa sokongan, tanpa dokongan...
aku redha jika itu rezeki yang ditetapkan Oleh NYA,
tapi jika aku tergolong dari orang2 yang teraniaya, maka sedikit pun kezalimannya memang tidak akan aku halalkan dunia dan akhirat...
kerana disebabkan keegoannya telah menutup rezeki yang sepatutnya menjadi hak milik anak, keluarga dan ibubapaku..
kerana disuduthati ku tersayat luka yang teramat pedih, yang sukar untuk diubati..
kerana pengkhianatan ini terlalu berat ditanggungi..
dan ia akan memberi kesan kepada kerjayaku nanti..
Semoga Allah memberikan yang terbaik kepada ku,
Semoga apa yang berlaku ada hikmah yang menunggu,
Semoga dibuka pintu hati manusia itu dari melakukan penganiayaan terhadap insan lain..
Sudah sudah la dari perasaan hasad dengki tu...
Tak sesenang mana pun hidup awak..
Astagfirullahhalazim......
