Pages

Saturday, February 5, 2011

Sebenarnya ini adalah cerita bulan lepas. Sangatlah bz sampai tak sempat nak update. Kena tarik nafas panjang panjang sebab banyak yang nak kena recap balik satu-satu. Maklumlah semenjak jadi full time hoswife memang masa nak update blog amatlah terhad...Nasib baik 3 bulan saja, kalo selamanya mau aku jadik sasau kat umah ni...

Okey, back to the story, trip kali ni ialah ke kuantan bersama dengan 8gencivicclub members @ 21.01.2011. Kiranya lepas annual dinner pada 8 jan lepas, ini adalah trip yang pertama tuk club 8gen ni.. ada 2 sesi konvoi iaitu pada jumaat malam dan trip ke dua pada hari sabtu... Tapi kami telah menjoin trip yang pertama iaitu pada jumaat malam.

Bertolak dari shell gombak lebih kurang kul 12.15 am(kira dh ari sabtu kan)... Adalah dalam 10 buah keta.. Prang prang prang sepanjang higway pantai timur tu adalah lebih kurang 2 jam sampai ke kuantan... malam tu semua stay kat umah family presiden... so bergelimpangan la tido beramai2 sementara nak tunggu hari siang.. lokasi kat mana umah dia mmg aku tak tau sbb dh awal pagi, mata pun mmg nak tutup dah.. nasib la deliesya ngan danial tak wat perangai... elok je tido sampai pagi..

Esok pagi-pagi semua siap siap pegi bekfas kat satu restoran kat kuantan... lupa nak amik gambar sebab sebok nak handle 2 orang budak kecik.. nama restoran tu pon aku dah lupa.. tapi ramai gila orang. rasanya mmg tempat tumpuan orang kuantan kot... So kat situ masing2 makan nasi lemak dengan nasi dagang.. Sedap la jugak...Kat situ la jugak kitorang jumpa geng 8gen dari kuantan & terengganu. Habis semua makan so konvoi pon bersedia nak bertolak ke destinasi pertama iaitu Gambang Resort... yeeeyy, jom main air...!




Kira okey la gambang. Wpun tempat dia tak la besar macam Tambun tapi facilities dia memang terbaik... Dia guna system cashless, dimana nak beli makan ke, sewa pelampung ke tak perlu guna cash. Tapi ko perlu topup masa beli tiket kat luar. Harga tiket + topup RM50.. So yang
rm50 tu boleh la nak beli makanan atau sewa pelampung kat dalam tu... Time nak bayar, casher tu akan scan kat gelang tangan... so easy... Bila dah kuar nnti boleh claim balik baki duit RM 50 tadi.. tak la rugi kan...


Satu lagi masa kat dalam tu, kalo nak selesa kita boleh sewa pondok-pondok kecil yang ada.. Tak payah nak berebut tempat dengan orang... Untuk yang datang beramai2 sangat la berbaloi sebab pondok tu ada 2 tilam yang boleh landing2 bila penat mandi.. Tak mahal pon dalam RM50/day kalo tak silap aku... Macam aku ni yang memang tak der peluang nak mandi, just melepak la kat situ dengan deliesya... Dia tido aku pon bantai tido sama...




Ada la dalam 4 jam lebih kat dalam tu... Lebih kurang kul 4pm, kami pon siap sedia nak bertolak ke bandar kuantan, sebab kovoi yang ke-2 dah nak sampai... Bila diorang sampai semua bergerak menuju ke hotel.. serius memang penat tapi nasib la Vistana hotel memang best... tilam dengan bantal dia memang la empuk sangat... best-best...



Stop kat sini dulu... sesi lepas ni ialah makan ikan bakar di Tanjung Lumpur... Yang tu untuk entry seterusnya okey..

No comments:

Nuffnang Advertisment